JURURAWAT MASYARAKAT - EJEN DROPSHIP MINYAK WANGI DEXANDRA
Nama : Nonie Rentong Umur : 38 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Puan Nonie adalah seorang jururawat masyarakat yang menggunakan masa terluang untuk membuat perniagaan sampingan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, Puan Nonie hanya bekerja sebagai jururawat dan tidak mempunyai perniagaan sampingan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Nonie sering menggunakan perkhidmatan di Pusat Internert 1 Malaysia Kg Meritam seperti melayari internet, mencetak dan fotokopi. Selepas mengikuti kelas latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Meritam, beliau mula menunjukkan minat untuk melakukan perniagaan sampingan. Sebagai permulaan, beliau berhubung dengan pengedar minyak wangi Dexandara dan seterusnya mendaftar sebagai ejen dropship mereka.
USAHAWAN SENI KREATIF DIY
Nama : Hanis Farhana Binti Bolhassan Umur : 18 Ahli : 2014 |
Latar belakang
Hanis Farhana ialah pelajar lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6. Beliau mengisi masa lapang sementara menunggu keputusan unutk melanjutkan pelajaran ke tingkatan 6 dengan mencipta seni DIY untuk di jual.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini,seperti cuti sekolah Hanis mengabiskan masa cuti dengan melayari internet untuk kepentingan sendiri sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan beliau dengan PI1M Kg Meritam, petugas memberitahu beliau cara mendapatkanpendapatan sampingan dan mengisi masa lapang yang bijak. Petugas menyarankan beliau untuk mencari idea-idea DIY yang bersesuaian untuk dijual sempena sambutan seperti hari ibu dan hari guru.
USAHAWAN KECIL PRODUK ANYAMAN
Nama : Gadong Yukot Umur : 64 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Puan Gadong adalah seorang warga emas yang menggunakan masa terluang untuk menghasilkan produk anyaman.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, Puan Gadong tidak memasarkan/menjual produk anyaman yang dihasilkan kerana hanya dilakukan sebagai hobi untuk menghabiskan masa lapang.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Meritam, beliau mula berjinak-jinak untuk menjual produk anyaman yang dihasilkan. Sebagai langkah pertama,Puan Gadong hanya menghasilkan produk yang ditempah oleh pelanggan.
BELAJAR ASAS KOMPUTER, MICROSOFT OFFICE DAN LAIN-LAIN.
Nama : Muhammad Syahrizan Umur : 12 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Sejak Pusat Internet 1 Malaysia Kg Meritam dibuka pada Januari 2016 yang lalu, Muhammad Syahrizan selalu datang untuk melayari internet. Dia adalah salah seorang pelajar tahun enam di Sekolah Kebangsaan Meritam. Muhammad Syahrizan aktif menghadiri latihan ICT yang diadakan di Pi1M Kg Meritam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, Muhammad Syahrizan hanya tahu menggunakan komputer untuk melayari internet dan menonton video. Dia tidak pandai menggunakan perisian lain seperti Microsoft Word, Microsoft Power Point dan juga Microsoft Publisher.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas aktif menghadiri latihan ICT yang diadakan di Pi1M Kg Meritam, Muhammad Syahrizan mula belajar kegunaan asas Microsoft word, power point dan publisher. Melalui latihan yang dijalankan, dia mula berani untuk menggunakan perisian tersebut dan adakala berlatih sendiri untuk mengasah pengetahuan yang ada.
USAHAWAN SEPENUH MASA IKAN KERING (IKAN TAHAI)
Nama : Rosnah Binti Hj Kahar Umur : 49 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Puan Rosnah memulakan perniagaan ikan tahai sudah 12 tahun di Tamu Limbang yang di adakan setiap hari Khamis dan Jumaat untuk setiap minggu. Ikan tahai dibekalkan oleh pembekal ikan tahai dari Lawas untuk di jual di Limbang oleh Puan Rosnah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Rosnah giat menjual ikan tahai di Tamu Limbang yang di adakan dua kali seminggu sahaja. Beliau akan menunggu dan menyimpan stok yang ada untuk dijual pada hari Tamu Limbang seterusnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan beliau dengan PI1M Kg Meritam, petugas membantu beliau bagaimana memasarkan produknya dengan lebih efektif dan ikan tahai memang terkenal di Limbang dan seluruh Sarawak termasuk Negara jiran, Brunei Darussalam. Ini adalah satu kelebihan terhadap produknya. Pemasaran yang di galakkan kepada Puan Rosnah ialah melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, dan Wechat. Puan Rosnah berjaya meningkatkan hasil jualan ikan tahainya dengan lebih cepat dan akan mendapatkan bekalan stok ikan tahai seminggu sekali kerana sebelum ini beliau mendapatkan stok dua minggu sekali memandangkan stok belum abis dalam tempoh itu.