USAHAWAN MEMBUAT KEK & EJEN DROPSHIP PAKAIAN WANITA
Nama : Puan Jannetti Umur : 28 Tahun Ahli : 2016 |
Latar belakang
Puan Janetti ialah seorang suri rumah sepenuh masa dan merupakan usahawan separuh masa yang menawarkan perkhidmatan membuat kek dan menjadi agen dropship pakaian wanita.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum melakukan promosi atas talian, Puan Janetti menerima tempahan membuat kek daripada ahli keluarga sewaktu musim perayaan. Selain itu beliau juga mengalami kesukaran mendapatkan akses internet.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas keusahwanan yg dihadiri, PuanJanetti mula mengiklankan perkhidmatan beliau di dalam laman sosial seperti facebook dan beliau mendapati jumlah tempahan kek mula meningkat dan bukan sahaja pada musim perayaan, pelanggan juga menempah pada hari biasa.
MENCARI IDEA DAN BAHAN HIASAN MELALUI YOUTUBE
Nama : Fauziahji Binti Hj Mahmud Umur : 28 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Sejak PI1M Kg Meritam di buka pada Januari yang lalu, beliau selalu datang ke PI1M untuk melayari internet. Kebetulan juga tempat beliau bekerja juga di Perpustakaan Desa Kg Meritam yang juga berdekatan dengan Pusat Internet 1 Malaysia ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
-
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau suka mencari bahan untuk menghias tempat kerja beliau. Oleh itu, beliau selalu mencari Origami sebagai perhiasan di perpustakaan beliau dan ia amat sesuai untuk perpustakaan yang ceria.
Pada mulanya beliau tidak berminat untuk mencipta origami tersebut tetapi di internet setiap langkah mencipta tersebut ditunjukan dengan jelas sekali memudahkan beliau memahami setiap langkah yang dilakukan. Contohnya di YouTube.
Oleh yang demikian, minat beliau semakin bertambah dan beliau akan menambah ilmu ini secara berterusan.
BELAJAR INTERNET, MICROSOFT OFFICE DAN MENCETAK
Nama : Noor Hisyam Bin Daim Umur : 12 Tahun Ahli : 2016 |
Latar Belakang
Noor Hisyam berumur 12 tahun. Beliau merupakan anak yang ke-8 daripada 9 orang adik beradik. Beliau bersekolah di SK Meritam. Bakal menduduki peperiksaan UPSR.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau tiada pengetahuan langsung berkaitan ICT.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau kini sudah pandai menggunakan internet untuk mencari informasi berkaitan kerja-kerja sekolah. Selain daripada itu, beliau kini boleh menggunakan printer untuk mencetak hasil carian kerja-kerja sekolah.
USAHAWAN JUALAN ONLINE PRODUK KECANTIKAN
Nama : Rossita Rena Umur : 30 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Puan Rossita berkerja sebagai Sale Assistant di Watson. Pada hari "offday" beliau akan ke PI1M Kg Meritam untuk mencari maklumat berkaitan produk kecantikan yang terbaru dan harga terkini produk.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pada mulanya beliau berpendapat fungsi PI1M sama seperti cyber café yang lain. Setelah berkunjung ke PI1M, beliau mendapati PI1M berbeza daripada cyber café biasa dan lebih selesa. Beliau tertarik untuk berkunjung ke PI1M setelah mendapati cas dan perkhidmatan yang disediakan oleh PI1M lebih memuaskan. Para petugas juga tidak keberatan untuk membantu beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Petugas banyak mengajar beliau cara mencari maklumat, membuat rekod produk seperti stok & senarai harga, serta membandingkan harga-harga produk jualan. Memandangkan beliau bekerja, dan hanya dapat berkunjung ke PI1M pada hari offday beliau meminjam Notebook daripada PI1M untuk merekod maklumat produk.
Beliau memanfaatkan ilmu yang diperolehi dari pembelajaran di PI1M dan menggunakan notebook sebaiknya untuk mengembangkan lagi perniagaan online beliau. Sebelum ini pembeli produk kecantikan yang beliau jual hanyalah di sekitar Limbang. Tetapi selepas belajar mempromosikan barangan secara atas talian, pengguna dari luar seperti Sabah, Miri dan Bintulu mula memesan barangan beliau.
USAHAWAN DROPSHIP PAKAIAN DEWASA/KANAK-KANAK, BARANGAN AM, PRODUK KECANTIKAN & MAKANAN.
Nama : Nurul Zainura Binti Norudin Umur : 28 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Puan Nurul Zainura menjual barangan am, pakaian kanak-kanak/dewasa dan produk kecantikan secara dropship. Memandangkan kawasan tempat tinggal jauh dari bandar, beliau berusaha menambah pendapatan melalui jualan online secara dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau kurang ilmu tentang cara untuk mempromosikan dan cara mencapai target pembeli. Kurang reaksi rakan facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Meritam, beliau kini telah mengetahui cara untuk mencari, mengenali dan mencapai target pembeli.