SELAMAT DATANG KE PUSAT SEBARAN MAKLUMAT NASIONAL KG MARITAM

Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Maritam merupakan projek kerajaan Malaysia dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Projek ini dilaksanakan oleh Telekom Malaysia Berhad (TM) di bawah Program Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) dengan memberi fokus kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar.

 

 OBJEKTIF PENUBUHAN :
  • Memberi kemudahan capaian internet kepada komuniti tempatan
  • Memberi pendedahan kepada masyarakat tempatan terhadap teknologi komputer dan internet.
  • Meningkatkan taraf sosioekonomi masyarakat melalui kemudahan yang disediakan dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Internet.
  • Merapatkan jurang digital antara masyarakat bandar dan luar bandar selaras dengan matlamat kerajaan.
  • Meningkatkan kadar penembusan jalur lebar selaras dengan Pelan Jalur Lebar Kebangsaan.

 

 PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN:

 

Terdapat 2 jenis perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional Kg Maritam:

 

(a) PERKHIDMATAN PERCUMA:

  • Pengenalan asas komputer
  • Kelas Microsoft Office
  • Kelas Asas Internet
  • Aplikasi Elektronik (e-kerajaan, e-pembelajaran, e-dagang)
  • Wifi

 

(b) PERKHIDMATAN BERBAYAR:

  • Pendaftaran sebagai ahli NADI
  • Cetakan
  • Fotostat
  • Binding
  • Laminate
  • Scanning

 

 

JUMLAH KEAHLIAN :

NADI Kg Maritam telah membuka keahlian kepada orang ramai sejak mula beroperasi pada tahun 2016. Ramai telah mendaftar diri dengan NADI Kg Maritam bagi mendapat perkhidmatan yang telah kami sedia. Jumlah ahli terkumpul sehingga kini adalah:

 

 AHLI LAMA 907
 AHLI BARU BULAN November 2022 2
 KESELURUHAN PADA Januari 2023 909