Program Usahawan Muda dilaksanakan bagi menggalakkan golongan muda untuk melibatkan diri dalam dunia usahawan . Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat sendiri gubahan bunga dan hadiah cendera hati untuk dijual. Melalui aktiviti yang dijalankan, peserta memperoleh pendapatan sampingan walaupun masih bergelar pelajar. 

 

Peserta membuat gubahan.

 

Antara produk yang dihasilkan.

 

Gubahan bunga yang dihasilkan.

 

Antara cproduk cenderahati yang dihasilkan.

 

Produk sedia untuk dijual.

Pusat Internet 1 Malaysia Kg Meritam dengan kerjasama Perpustakaan Desa Pabahanan telah mengadakan kelas latihan keusahawanan iaitu Teknik Solekan pada 10 Disember 2016 yang lepas. Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk membuka ruang dan peluang kepada golongan wanita untuk mempelajari teknik solekan yang betul untuk digayakan serta memberi kemahiran kepada mereka yang berminat untuk melibatkan diri dalam bidang solekan dan andaman.

 

Antara peralatan yang digunakan.

 

Antara peserta yang mencuba teknik solekan yang diajar.

 

Antara peserta yang datang.

 

Sesi demontrasi oleh pengajar.

 

Antara hasil solekan peserta.

 

Bergambar kenangan.

Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan progam keusahawanan iaitu latihan penggunaan aplikasi Dashboard MyShop kepada para peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada masyarakat setempat dan seterusnya menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Selain itu, melalui program dan latihan ini usahawan tempatan dapat memanfaatkan aplikasi dashboard untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sekitar mengenai kewujudan produk tempatan.

 

 

Melalui latihan yang diadakan pada 8hb March 2016 yang lepas, para peserta diberi pendedahan mengenai kebaikan dan cara-cara penggunaan aplikasi Dashboard Myshop ini. Malahan beberapa peserta juga telah berkesempatan mencuba dan berjaya memuat-naik produk mereka.

 

 

Para peserta juga galak bertanyakan soalan dan menunjukkan minat untuk mempelajari dan menggunakan aplikasi dashboard Myshop.

 

 

Para peserta tekun mendengar penerangan daripada petugas mengenai cara-cara menggunakan aplikasi Dashboard MyShop.

 

 

Bergambar bersama para peserta selepas tamat sesi latihan.