Pusat Internet Kampung Meritam, Limbang mengucapkan Selamat Datang dan terima kasih kepada anda yangmenggunakan perkhidmatan kami. Untuk pengetahuan anda, sebelum beroperasi di  Kg Meritam pada penghujung tahun 2015 yang lepas, Pusat Internet Kg Meritam pernah beroperasi di Batu Danau dengan nama Pusat Internet  Kg Batu Danau. PI Kg Meritam telah dirasmikan oleh YB Dr Abdul Rahman Bin Ismail pada 16hb Mar 2016 yang lepas dan dihadiri lebih daripada 200 orang pengunjung. Antara perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet Kg Meritam adalah internet, mencetak, fotokopi, pengimbas dan juga laminate.

Pusat Internet Kg Meritam.

 

Perasmian oleh YB Dr Abdul Rahman pada 16hb Mac 2016 yang lepas.

 

       Menurut sejarah, Limbang adalah wilayah yang ditakluki oleh keluarga Brooke daripada Kerajaan Brunei melalui 3 peringkat iaitu Trusan sekitar tahun 1885, Limbang dalam tahun 1890 dan Lawas tahun 1905.

       Kerajaan Brooke memanfaatkan wilayah ini sekitar 1890 dengan mengekalkan keamanan dan pembangunan ekonomi yang ditadbir residen-residennya seperti Residen O.F. Rickets (1890-1913), Residen H.S.B Johnson (1914-1920), Residen Boult (1920-1927) dan Residen F.H. Kortright (1928-1933) serta pembantu-pembantu mereka iaitu Pegawai Kadet.