Seperti di tempat-tempat lain, Daerah Limbang juga terdapat pelbagai jenis makanan yang sangat popular adalah;
1.Sos Ikan Tahai dan Sambal Ikan Tahai
Merupakan makanan tradisional Melayu Limbang dan lawas hanya boleh didapati di daerah sini sahaja. Ikan Tahai yang telah siap disiang akan disalai menggunakan kayu api untuk memerangkap haba dan asap bagi mendapatkan salai yang enak. Oleh itu, Sos ikan Tahai diperbuat dari ikan tahai ataupun dalam bahasa tempatan ialah Ikan Tamban yang disalai manakala sambal ikan tahai sama seperti sambal ikan bilis.
Biasanya penjual Sos Tahai dan Sambal ikan Tahai iaitu Pn. Marlieza yang menetap di Taman Sri Patiambun akan menjual di Pasar Tamu Limbang pada setiap hari Khamis dan Jumaat serta membuka gerai di Ekspo Almada anjuran Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) dengan harga yang berpatutan. Beliau juga menjual pelbagai produk makanan yang berasaskan ikan tahai seperti keropok, ikan tahai bersalut gula dan sebagainya.
2. Lokan
Lokan adalah sejenis makanan laut yang mudah didapati di daerah Limbang dan hanya boleh didapati di hutan paya bakau. Lokan ini amat popular di Limbang kerana senang didapati dan mempunyai rasa yang sungguh enak apabila dimakan. Biasanya Lokan dijual di Pasar Tamu Limbang dengan harga yang berpatutan.
3. Ambuyat
Ambuyat merupkan makanan tradisional kaum Biasaya di Sabah, Brunei dan termasuk Daerah Limbang kerana di daerah ini juga terdapat Suku Kaum Bisaya yang merupakan kaum minoriti di Sarawak. Ambuyat diperbuat daripada pokok rumbia yang diproses menjadi sagu rumbia. Sagu yang dipotong akan ditapis dan direndam dalam tempoh 3 hari di dalam air. Sagu yang telah direndam akan menjadi sebatian dan sabatian ini ialah sagu yang dimasak menjadi ambuyat.
4. Buah Durian Kuning, Otak Udang dan Durian Merah.
Apabila tiba musim buah pasti Daerah ini dibanjiri dengan pelbagai jenis buah-buahan dengan harga yang sangat murah sekali tidak hairan penjunjung dari negara jiran iaitu warga negara Brunei membeli-belah tempatan di sini. Antara buah yang menjadi kegemaran adalah buah durian kuning, otak udang dan durian merah kerana bau yang sangat menarik hati dan rasa yang lazat.