Pesta Babulang Bisaya 2017 bakal berlangsung pada 9 hingga 11 Jun 2017 bertempat di Tapak Pesta Babulang Kampung Batu Danau. Persatuan Bisaya Sarawak menganjurkan pesta ini secara tahunan dan sejak tahun 2004, mula berkolaborasi dengan agensi lain seperti Sarawak Tourism Board untuk mempromosikan pesta ini dalam usaha meningkatkan aktiviti perlancongan di Limbang.Tahun ini pelbagai aktiviti menarik telah dirancang oleh pihak penganjur untuk memeriahkan pesta berkenaan. Berikut adalah antara pengisian aktiviti yang bakal diadakan :-
Hari Pertama
Tarikh : 9 Jun 2017
Tempat : Tapak Pesta Babulang, Kpg Batu Danau
Mass : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Pertandingan Bunga Hidup Auto Show Pemeriksaan Kesihatan
- Saringan Pertandingan Agak Asal Babulang 2017
- Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
- Pameran & Jualan Kraftangan
- Pertandingan Indu Yama Sigot, Anak Sihat
- Pertandingan Alih Bahasa
- Persiapan Nakod Babulang
- Persiapan Rumah Terbuka
- Sukan Rakyat
- Pertandingan Bola Sepak
Malam Kebudayaan & Kesenian
- Persembahan Kebudayaan PERTANDINGAN AGAK BADORO 2017
- Persembahan Penyanyi Jemputan & Tempatan
Hari Kedua
Tarikh : 10 Jun 2017
Tempat : Tapak Pesta Babulang, Kpg Batu Danau
Mass : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
- Pameran & Jualan Kraftangan Demo Kraftangan Bisaya
- Pameran Pendidikan, Agensi Kerajaan & Swasta
- Pertandingan Masakan Tradisional Bisaya
- Launching "Bisaya Kitchen"
- Pertandingan Lumba Kerbau
- Persembahan Kuntul Berhias
- Rumah Terbuka
- Sukan Rakyat
- Pertandingan Bola Sepak
Malam Nakod Babulang & Malam Kebudayaan
- Majlis Perasmian Pesta Babulang & Lumba Kerbau 2017 Persembahan Kebudayaan
- Pertandingan Agak Asal Babulang 2017
- Upacara Majlis Nakod Babulang
Hari Ketiga
Tarikh : 11 Jun 2017
Tempat : Tapak Pesta Babulang, Kpg Batu Danau
Masa : 6.30 pagi hingga 9.00 pagi
Aktiviti : Babulang Fun Run
Tempat : Tebingan Logon Danau, Kpg Batu Danau
Mass : 9.30 pagi hingga 1.00 petang
Aktiviti : Pertandingan Begapon (Memancing)
Tempat : Tebingan Logon Danau, Kpg Batu Danau
Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Aktiviti : Pertandingan Bot Kawalan Jauh & Majlis Penutupan Pesta Babulang
LUMPUR BEBUAK KAMPUNG MERITAM LIMBANG SARAWAK
Lumpur Bebuak Kampung Meritam Limbang kini semakin menjadi tarikan para pelancong tempatan seperti dari Sabah dan juga dari negara jiran Brunei Darussalam serta negara-negara lain. Tempat Lumpur bebuak ini mengambil masa kira-kira 50 minit dari Bandar Limbang. Menurut Ketua Kampung Meritam, En.Mahmud Gampal, fenomena ini telah menjadikan Kampung Meritam terkenal malah kawasan Lumpur bebuak ini diiktiraf sebagai antara destinasi perlancongan terkemuka di Limbang oleh Kerajaan Negeri Sarawak. Menurut beliau juga, tiada sapa tahu asal-usul kejadian tersebut yang sifatnya mempunyai persamaan dengan tanah lumpur di kawasan kaki gunung berapi sebaliknya Limbang bukan merupakan kawasan yang mempunyai gunung berapi. Berdasarkan pengetahuan beliau daripada cerita-cerita orang dahulu, lumpur bebuak tersebut memang telah wujud sebelum Limbang diterokai.
Lumpur bebuak ini sangat unik dan ajaib kerana terdapat kawah yang berwarna kehitaman dan suhunya suam tidak terlalu panas. Saiz kawah lumpur bebuak ini boleh mencecah 2 meter lebar dan boleh memuatkan 4 hingga 5 orang dalam satu masa. Lumpur bebuak ini juga bersifat seakan-akan laut mati dan sebarang objek yang terjatuh ke dalam kawah tidak akan tenggelam.
Berikut merupakan faedah-faedah Lumpur Bebuak Kampung Meritam ;
- Boleh menjadi masker muka
- Menyembuhkan penyakit kulit
- Menjadi terapi menyegarkan badan dan minda
- Air tapisan lumpur bebuak menyembuhkan penyakit Asma