Menurut sejarah, Limbang adalah wilayah yang ditakluki oleh keluarga Brooke daripada Kerajaan Brunei melalui 3 peringkat iaitu Trusan sekitar tahun 1885, Limbang dalam tahun 1890 dan Lawas tahun 1905.

       Kerajaan Brooke memanfaatkan wilayah ini sekitar 1890 dengan mengekalkan keamanan dan pembangunan ekonomi yang ditadbir residen-residennya seperti Residen O.F. Rickets (1890-1913), Residen H.S.B Johnson (1914-1920), Residen Boult (1920-1927) dan Residen F.H. Kortright (1928-1933) serta pembantu-pembantu mereka iaitu Pegawai Kadet.