Pusat Internet 1 Malaysia telah mengadakan progam keusahawanan iaitu latihan penggunaan aplikasi Dashboard MyShop kepada para peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan aplikasi Dashboard kepada masyarakat setempat dan seterusnya menyediakan ruang dan peluang kepada usahawan tempatan memasarkan produk mereka. Selain itu, melalui program dan latihan ini usahawan tempatan dapat memanfaatkan aplikasi dashboard untuk meningkatkan kesedaran masyarakat sekitar mengenai kewujudan produk tempatan.
Melalui latihan yang diadakan pada 8hb March 2016 yang lepas, para peserta diberi pendedahan mengenai kebaikan dan cara-cara penggunaan aplikasi Dashboard Myshop ini. Malahan beberapa peserta juga telah berkesempatan mencuba dan berjaya memuat-naik produk mereka.
Para peserta juga galak bertanyakan soalan dan menunjukkan minat untuk mempelajari dan menggunakan aplikasi dashboard Myshop.
Para peserta tekun mendengar penerangan daripada petugas mengenai cara-cara menggunakan aplikasi Dashboard MyShop.
Bergambar bersama para peserta selepas tamat sesi latihan.