BELAJAR EMEL DAN MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT PELAJARAN

Nama      : Hanis Farhana Binti Bolhassan

Umur      : 17 Tahun

Ahli         : 2014

 

Latar Belakang

Adik Hanis Farhana adalah pelajar yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Sejak 2014 lagi adik Hanis Farhana selalu datang ke Pi1M untuk melayari internet dan mencari maklumat pembelajarannya. Walaupun peperiksaan SPM baru saja berakhir, adik Hanis Farhana bersyukur dapat menggunakan Pusat Internet sebaiknya.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanya bergantung kepada buku teks dan buku rujukan lain. Beliau merasakan ianya adalah terhad untuk mencari maklumat pembelajaran beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Dengan adanya PI1M, ianya lebih mudah dan beliau boleh mencari pelbagai maklumat yang beliau perlukan. Selain itu, beliau juga selalu melibatkan diri dengan aktiviti yang diadakan oleh PI1M yang bersifat akademik setelah tamat SPM.

 


 

 

PERNIAGAAN KOPI PAK BELALANG

Nama       : Mohammad Rasidi Bin Ramli

Umur       : 30 Tahun

Ahli          : 2014

 

Latar Belakang

En Mohd Rasidi menjalankan perniagaannya secara separuh masa kerana beliau juga berkerja di Amanah Ikhtiar Malaysia.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Jualan beliau hanya kapada keluarga dan teman kerja beliau.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah beliau semakin kerap ke PI1M, beliau terfikir untuk mempromosikan secara atas talian iaitu melalui aplikasi Whatsapp dan Wechat dan usaha itu membuahkan hasil kerana jualan Kopi Pak Belalangnya semakin berkembang dan beliau berhasrat untuk mengembangkannya di Facebook lagi.

 

kopi

 

 


 

BELAJAR EMAIL, INTERNET & LAIN-LAIN

Nama         : Norbejura Binti Jumat

Umur         : 20 Tahun

Ahli            : 2016

 

Latar belakang

Adik Norbejura ialah lepasan pelajar tingkatan enam yang bersekolah di SMK Kubong, Limbang. Norbejura berumur 20 tahun.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum wujudnya PI1M Kg Meritam, beliau hanya menggunakan perkhidmatan Cyber Cafe di kawasan yang jauh dari rumah beliau iaitu di bandar Limbang. Beliau terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk menggunakan internet bagi menyiapkan segala tugasan sekolah. Pelbagai kos yang perlu beliau tanggung seperti perjalanan ke Bandar yang mengambil jarak perjalanan kira-kira 45km.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Setelah PI1M Kg Meritam wujud pada awal tahun 2016, ia sangat memudahkan beliau dari pelbagai aspek. PI1M tidak jauh dari kampung tempat tinggal beliau kira-kira 2km sahaja. Ia lebih menjimatkan, jika ada dokumen yang penting tertinggal pun beliau masih boleh mengambilnya dirumah. Internet yang baik di sana melancarkan segala proses mencari maklumat, mengisi kemasukan ke universiti dan sebagainya. Hamper setiap hari beliau datang ke PI1M Kg Meritam. Selain itu, bukan sahaja untuk mengakses internet beliau juga boleh terus mencetak segala dokumen yang penting, mencetak kertas kerja persekolahan beliau, mengimbas segala dokumen dan sebagainya. Ia amat mudah dan berguna.


 

USAHAWAN SEPARUH MASA DALAM PERNIAAGAN MADU KELULUT

Nama                 : Najmunnisa Binti Hassan

Umur                 : 30 Tahun

Ahli                    : 2016

 

Latar belakang

Puan Najmunnisa ialah seorang kakitangan kerajaan yang menjalakan perniagaan sabun yang berasaskan madu kelulut. Sebahagian produk beliau di pamerkan di PI1M Kg Meritamuntuk menambahkan promosi produk beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Jualan sabun madu kelulut hanya terhad kepada pelanggan terdekat iaitu secara offline. Perniagaan beliau sedikit hambar.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Jualan sabun madu kelulut semakin meningkat semenjak beliau meletakkan sabun tersebut di Pi1M kerana petugas PI1M membantu beliau untuk meluaskan jualan produk beliau secara atas talian. Oleh sebab itu, semakin bertambah promosi yang dilakukan dan keadaan ini meningkatkan jualan sabun madu kelulut beliau kerana jualan tidak terhad di Kg Meritam sahaja. Tetap jualan beliau meluas di kawasan Limbang dan Lawas, malah ada juga pelanggan dari negara Brunei Darusalam.

 

kelulut

 


 

EJEN SIMKAD TONE PLUS & ONEXOX

Nama        : Encik Jounit     

Umur        : 48 Tahun

Ahli           : 2016  

 

Latar belakang

En. Jounit ialah seorang penjawat awam dan mula menjadi ejen simkad tone plus & onexox pada masa terluang beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini En. Jounit tidak berminat untuk menjadi ejen tone plus & onexox dan tidak melakukan perniagaan sampingan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

En Jounit mendapati bahawa beliau boleh melakukan perniagaan secara atas talian tanpa modal yang besar pada masa lapang beliau. Di samping itu, beliau juga sering menggunakan perkhidmatan internet dan printing di pusat internet pada masa lapang beliau.

 

simkad