BELAJAR EMEL DAN MELAYARI INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT PELAJARAN
Nama : Hanis Farhana Binti Bolhassan Umur : 17 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Adik Hanis Farhana adalah pelajar yang baru tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016. Sejak 2014 lagi adik Hanis Farhana selalu datang ke Pi1M untuk melayari internet dan mencari maklumat pembelajarannya. Walaupun peperiksaan SPM baru saja berakhir, adik Hanis Farhana bersyukur dapat menggunakan Pusat Internet sebaiknya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini beliau hanya bergantung kepada buku teks dan buku rujukan lain. Beliau merasakan ianya adalah terhad untuk mencari maklumat pembelajaran beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan adanya PI1M, ianya lebih mudah dan beliau boleh mencari pelbagai maklumat yang beliau perlukan. Selain itu, beliau juga selalu melibatkan diri dengan aktiviti yang diadakan oleh PI1M yang bersifat akademik setelah tamat SPM.