BELAJAR KOMPUTER, EMEL DAN INTERNET
Nama : Nor Suffarizah Binti Suppari Umur : 20 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Adik Nor Suffarizah ialah seorang yang ingin memajukan diri dalam kemahiran komputer walaupun dia tidak bersekolah lagi. Beliau memilih Pi1M untuk menambah ilmu komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau mencari tempat belajar komputer yang mengeluarkan sijil di sekitar Bandar Limbang, namun kebanyakan tempat yang beliau pergi mengenakan caj yang tidak mampu beliau tanggung sedangkan beliau tidak mempunyai pekerjaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Kawan beliau memperkenalkan Pi1M Kg Meritam kepada beliau di mana kira-kira 3km dari kampung beliau dan memaklumkan bahawa Pi1M ada menyediakan pelbagai perkhidmatan dan belajar komputer salah satunya. Oleh itu beliau mendaftar sebagai ahli dan turut mendaftar untuk belajar komputer.
USAHAWAN PARANG DAN PISAU
Nama : Ringgan Gerintik Umur : 32 Tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Encik Ringgan adalah seorang pengusaha parang dan pisau secara kecil-kecilan sejak tahun 2010. Beliau menghasilkan parang hanya sekadar suka-suka. Namun setelah menerima banyak pertanyaan dan permintaan, beliau mula menghasilkan parang sebagai produk jualan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah penduduk tempatan di kawasan Limbang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Setelah menghadiri kelas keusahawanan dan mempromosikan produk parang beliau di Group Whatapp, jumlah pelanggan beliau mula bertambah samada dari kawasan Limbang, Brunei, Lawas dan juga Miri.
USAHAWAN KECIL JAHITAN SULAMAN MANIK DAN LABUCI
Nama : Ida Nadia Binti Matdris Umur : 27 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Puan Ida Nadia sangat meminati aktiviti menyulam manik dan labuci. Hobi beliau tersebut telah menjadikan beliau seorang usahawan kecil jahitan sulaman manik dan labuci.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau berminat untuk mengembangkan lagi minat dan perniagaan beliau melalui internet tetapi beliau tidak tahu cara.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Tempahan menjahit semakin meningkat sejak awal tahun lagi iaitu persediaan pelanggan untuk Hari Raya yang bakal tiba pada bulan Julai ini. Oleh yang demikian, tempahan menjahit manik dan labuci di tutup awal sebelum ramadhan lagi bagi mengelakkan tempahan yang tidak dapat di siapkan.
USAHAWAN KECIL PRODUK KECANTIKAN MARYKAY
Nama : Ida Nadia Binti Matdris Umur : 28 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Sebelum ini, Puan Ida Nadia mempunyai latar belakang yang baik dalam perniagaan iaitu menjalankan perniagaan sulaman dan manik.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan PI1M
Tertumpu kepada perniagaan sulaman dan manik sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan, beliau banyak mencari maklumat berkaitan produk kesihatan dan kecantikan. Oleh itu, beliau mendaftar sebagai konsultant kecantikan sebuah produk berjenama iaitu Mary Kay pada bulan Jun 2017.