USAHAWAN DOORGIFT BUNGA TELUR

Nama  : Maimunah Hj Kassim

Umur  : 45 Tahun

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Pn Maimunah suka membuat gubahan bunga menggunakan bahan terbuang. Minat beliau tersebut beliau jadikan sebagai pendapatan tambahan beliau. Beliau selalu datang ke PI Kg Meritam bersama anak beliau untuk melayari laman Youtube, mencari ilham untuk gubahan beliau.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum ini, beliau hanya membuat rujukan hanya melalui majalah gubahan bunga. Beliau merasakan rujukan beliau sangat terhad untuk mendapatkan ilham. Oleh itu beliau sering mengikuti anak beliau ke PI Internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Beliau mendapat bimbingan dari PI Kg Meritam untuk meluaskan lagi pasaran online gubahan bunga telur beliau. Beliau menggunakan facebook untuk mengiklankan khidmat doorgift beliau.

 


 

MEMPELAJARI YOUTUBE

Nama  : Zuekhairin Ariffin Bin Sipin

Umur  : 14 Tahun

Ahli     : 2018

 

Latar Belakang

Adik Zuekhairin merupakan pelajar sekolah menengah dan bersekolah di SMK Kubong, Limbang. Sebagai pelajar, adik Zuekhairin ada membuat tugasan sekolah yang menggunakan komputer. Sambil melakukan tugasan, dia menggunakan internet yang disediakan untuk melayari media sosial seperti Youtube.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum ini, adik Zuekhairin tidak mahir menggunakan internet untuk membuka laman youtube.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Apabila dia sudah terlibat dengan PI, dia memberitahu kepada petugas untuk membantunya untuk mencari video berkaitan animasi. Petugas mencadangkannya untuk menggunakan laman Youtube untuk pelbagai video animasi yang baik.


 

USAHAWAN HASIL KRAF DIY

Nama : Noranddiyana Binti Marji

Umur : 27 Tahun

Ahli    : 2014

Latar Belakang

Puan Noranddiyana menjadi ahli PI Kg Meritam sejak tahun 2014 lagi. Beliau sangat aktif dalam mengikuti program dan aktiviti yang dijalankan oleh PI. Beliau berasal dari Kg Meritam dan menetap di kampung berdekatan iaitu Kg Ulak kerana tinggal bersama suaminya di kampung tersebut

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Puan Noranddiyana adalah surirumah setiap masa. Beliau tidak terlalu banyak melakukan sebarang kerja harian dan hanya melakukan kerja rutin di rumah dan rutin sebagai ibu kepada 2 orang anak yang bersekolah rendah di kampung tersebut.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Beliau melibatkan diri dengan PI apabila Pusat Internet ditubuhkan di Kg Meritam kerana berdekatan dengan rumahnya. Puan Noranddiyana semakin aktif darpada sebelum ini seperti menghadiri program, latihan keusahawanan dan ICT dan lain-lain program yang PI adakan. Beliau menggunakan masa dengan bijak dengan mengisi masa lapangnya dengan aktiviti yang berfaedah dan mendatangkan hasil.

 


 

USAHAWAN MAKANAN VIRAL

Nama : Ida Nadia

Umur : 29 Tahun

Ahli : 2013

 

Latar Belakang

Puan Nadia merupakan antara ahli PI Kg Meritam yang aktif bersama. Beliau juga sering menjemput PI Kg Meritam untuk menjalan program bersama.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Sebelum ini Puan Nadia memang banyak menjalankan bisnes semenjak beliau melibatkan diri dengan PI.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Beliau telah menambah cabang bisnes nya dengan menjual makanan yang viral di media sosial seperti FB dan Instagram. Dengan bergerak aktif bersama PI Kg Meritam, beliau semakin kuat keinginan mempelbagaikan bisnesnya kerana beliau senang untuk mencari maklumat tentang perniagaan yang viral, di minati ramai dan yang terkini.

 

nadia


 

MEMPELAJARI MICROSOFT WORD

Nama       : Pn. Saadiah Wati Anak Dillah

Umur       : 42

Ahli          : 2012

 

Latar Belakang

Puan Saadiah merupakan ahli di Pi1M Kg Batu Danau (kini Pi1M Kg Meritam) dan dulu sering ke Pi1M tersebut kerana berdekatan dengan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Beliau hanya belajar sendiri untuk membuat sebarang dokumen yang melibatkan Microsoft Word. Sebelum ini, beliau sering datang ke Pi1M Kg Batu Danau dan kini beliau tetap datang Pi1M Kg Meritam walaupun agak jauh dari rumahnya kerana beliau berasa sangat mudah dan penting untuknya membuat kerja di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Kerjanya semakin mudah, kini beliau membuat dokumen sendiri dan untuk keluarganya berkaitan dokumen berkaitan pertunangan dan perkahwinan seperti senarai hantaran dan lain-lain. Selain itu, dokumen tersebut yang di buat dalam Word akan di cetak terus di Pi1M. Beliau sangat senang hati kerana Pi1M menyediakan kemudahan yang di perlukannya.