MEMPELAJARI MICROSOFT WORD

Nama       : Pn. Saadiah Wati Anak Dillah

Umur       : 42

Ahli          : 2012

 

Latar Belakang

Puan Saadiah merupakan ahli di Pi1M Kg Batu Danau (kini Pi1M Kg Meritam) dan dulu sering ke Pi1M tersebut kerana berdekatan dengan rumahnya.

 

Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Beliau hanya belajar sendiri untuk membuat sebarang dokumen yang melibatkan Microsoft Word. Sebelum ini, beliau sering datang ke Pi1M Kg Batu Danau dan kini beliau tetap datang Pi1M Kg Meritam walaupun agak jauh dari rumahnya kerana beliau berasa sangat mudah dan penting untuknya membuat kerja di Pusat Internet.

 

Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M

Kerjanya semakin mudah, kini beliau membuat dokumen sendiri dan untuk keluarganya berkaitan dokumen berkaitan pertunangan dan perkahwinan seperti senarai hantaran dan lain-lain. Selain itu, dokumen tersebut yang di buat dalam Word akan di cetak terus di Pi1M. Beliau sangat senang hati kerana Pi1M menyediakan kemudahan yang di perlukannya.