USAHAWAN SEPARUH MASA - PERNIAGAAN SATEY
Nama : Pn Maimunah Hj Kassim Umur : 45 Ahli : 2018 |
Latar Belakang
Puan Maimunah telah menjalankan perniagaan satey sejak tahun 2006 lagi. Perniagaan tersebut diusahakan bersama suami & anak-anak. Beliau menjalankan perniagaan tersebut di tapak pasar malam dan mengambil tempahan untuk pelbagai majlis.
Sebelum penggunaan ICT / penglibatan PI1M
Biasanya tempahan dibuat hanya melalui perbualan telefon atau pelanggan akan datang ke tapak niaga untuk berurusan tempahan.
Selepas penggunaan ICT / penglibatan PI1M
Beliau telah menjalankan promosi di group iklan facebook dan akaun personal facebook. Urusan tempahan pula lebih kepada penggunaan whatsapp kerana beliau boleh merujuk kembali tempahan pelanggan.
BELAJAR MENGGUNAKAN INTERNET UNTUK MENCARI MAKLUMAT & NOTA-NOTA MATAPELAJARAN
Nama : Amni Aqilah Binti Jamain Umur : 13 Tahun Ahli : 2014 |
Latar Belakang
Merupakan seorang pelajar yang baru memasuki alam persekolahan menengah pada tahun 2018 ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Adik Amni mendengar cerita daripada kakak dan abang seniornya bahawa sukar untuk mencari rujukan melainkan daripada buku teks sahaja dan buku rujukan yang di dapati di Perpustakaan Desa.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Dengan wujudnya Pi1M di kampungnya, adik Amni gembira dan sudah pastinya dia tiada masalah untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan pembelajarannya. Adik Amni belajar cara mencari maklumat melalui internet. Seperti subjek sejarah dan geografi yang merupakan subjek baru untuk pelajar tingkatan 1 dan mereka memerlukan maklumat yang banyak selain daripada buku teks dan adik amni berjaya mempelajarinya.
DEALER JUALAN KREDIT TAMBAH NILAI KAD PRABAYAR (PREPAID)
Nama : En. Mohd Syukri Umur : 19 tahun Ahli : 2017 |
Latar Belakang
Mohd Syukri merupakan pelajar lepasan SPM. Beliau bekerja sebagai sekuriti di tapak pembinaan. Beliau mendaftarkan diri sebagai dealer jualan kredit tambah nilai kad prabayar (prepaid).
Sebagai dealer, beliau berpeluang untuk mendapatkan komisen dari jualan sendiri, mendaftar agent baru & mendapat keuntungan 1% daripada jualan agent.
Sebelum penggunaan ICT/penglibatan Pi1M
Beliau tiada masalah dalam penggunaan ICT tetapi beliau kurang ilmu perniagaan. Beliau menggunakan wifi komuniti untuk aktiviti melayari internet & jualan kredit dirumah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau memanfaatkan wifi komuniti & ilmu perniagaan yang dipelajari untuk aktiviti promosi jualannya. Beliau menjadikan jualan kredit tambah nilai kad prabayar sebagai platform perniagaan yang boleh beliau uruskan dengan mudah dimana-mana sahaja dengan bantuan wifi komuniti, ICT & Hp.
USAHAWAN SEPARUH MASA - PERKHIDMATAN TEMPAHAN KAD KAHWIN
Nama : Cik Fauziahji Binti Hj Mahmud Umur : 30 Tahun Ahli : 2013 |
Latar Belakang
Cik Fauziahji ialah seorang penjawat awam yang bertugas di Perpustakaan Desa Kg Meritam.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini, beliau tidak pernah promosi perniagaan yang beliau jalankan dan hanya membuat kad kahwin untuk keluarga terdekat sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas mengikuti kelas latihan keusahawanan yang diadakan oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Meritam, beliau mula mempromosikan perkhidmatan beliau melalui facebook dan Whatsapp. Melalui promosi atas talian yang dilakukan, banyak tempahan diterima daripada masyarakat setempat.
BELAJAR INTERNET, EMEL DAN MENGISI BORANG ONLINE
Nama : Raihan Binti Roslan Umur : 18 Tahun Ahli : 2015 |
Latar belakang
Pelajar lepasan SPM dan akan melanjutkan pelajaran seterusnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau tidak pernah untuk memohon untuk menyambung belajar melalui online kerana baru sahaja tamat tingkatan lima. Beliau berhasrat untuk memohon melalui online menyambung pelajaran dan mengisi jawatan kosong yang di tawarkan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini beliau memang selalu ke Pi1M Kg Meritam tetapi untuk mencari maklumat pelajaran beliau. Tetapi kali ini beliau ingin meminta bantuan petugas Pi1M untuk membantu beliau dan Alhamdulillah kedua-dua petugas memberi tujuk ajar yang baik. Dalam mengisi jawatan kosong pula, petugas membantu beliau memilih jawatan yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan beliau. Setelah memohon UPU di Pi1M, beliau telah menerima tawaran menyambung pelajaran di Politeknik Betong, Sarawak dalam bidang perakaunan.