USAHAWAN DROPSHIP PAKAIAN DEWASA/KANAK-KANAK, BARANGAN AM, PRODUK KECANTIKAN & MAKANAN.
Nama : Nurul Zainura Binti Norudin Umur : 28 Tahun Ahli : 2015 |
Latar Belakang
Puan Nurul Zainura menjual barangan am, pakaian kanak-kanak/dewasa dan produk kecantikan secara dropship. Memandangkan kawasan tempat tinggal jauh dari bandar, beliau berusaha menambah pendapatan melalui jualan online secara dropship.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Beliau kurang ilmu tentang cara untuk mempromosikan dan cara mencapai target pembeli. Kurang reaksi rakan facebook.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Kg. Meritam, beliau kini telah mengetahui cara untuk mencari, mengenali dan mencapai target pembeli.