USAHAWAN SEPENUH MASA IKAN KERING (IKAN TAHAI)
Nama : Rosnah Binti Hj Kahar Umur : 49 Tahun Ahli : 2014 |
Latar belakang
Puan Rosnah memulakan perniagaan ikan tahai sudah 12 tahun di Tamu Limbang yang di adakan setiap hari Khamis dan Jumaat untuk setiap minggu. Ikan tahai dibekalkan oleh pembekal ikan tahai dari Lawas untuk di jual di Limbang oleh Puan Rosnah.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Puan Rosnah giat menjual ikan tahai di Tamu Limbang yang di adakan dua kali seminggu sahaja. Beliau akan menunggu dan menyimpan stok yang ada untuk dijual pada hari Tamu Limbang seterusnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Selepas penglibatan beliau dengan PI1M Kg Meritam, petugas membantu beliau bagaimana memasarkan produknya dengan lebih efektif dan ikan tahai memang terkenal di Limbang dan seluruh Sarawak termasuk Negara jiran, Brunei Darussalam. Ini adalah satu kelebihan terhadap produknya. Pemasaran yang di galakkan kepada Puan Rosnah ialah melalui aplikasi Whatsapp, Facebook, dan Wechat. Puan Rosnah berjaya meningkatkan hasil jualan ikan tahainya dengan lebih cepat dan akan mendapatkan bekalan stok ikan tahai seminggu sekali kerana sebelum ini beliau mendapatkan stok dua minggu sekali memandangkan stok belum abis dalam tempoh itu.