Tarikh : 21 April 2018 Masa : 10.00 pagi - 1.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : Wanita PPWS Cawangan Kg Ulak |
Tujuan
Latihan Keusahawanan ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran usahawan wanita dalam penggunaan internet.
Aktiviti
Latihan Keusahawanan, Pertandingan Menaip Pantas, Advokasi, Klik Dengan Bijak, Dashboard Komuniti & Pemeriksaan Tekanan Darah (MyHealth)
Tarikh : 14 April 2018 Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : 3 Orang (Pelajar Sekolah Rendah) |
Tujuan
Aktiviti ini bertujuan untuk mengisi masa lapang pelajar sekolah rendah yang berkunjung ke Pusat Internet 1Malaysia Kg Meritam dengan aktiviti yang berfaedah.
Aktiviti
Mewarna
Tarikh : 24 Februari 2018 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Kg. Meritam Peserta : 10 Orang (Wanita PPWS Kg. Meritam) |
Tujuan
Program ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan lagi penggunaan aplikasi DK (Dashboard Komuniti). Peserta program dihadiri oleh 10 orang wanita dari PPWS Kampung Meritam. Di dalam program ini, peserta didedahkan dengan fungsi dan kelebihan yang diperolehi dari penggunaan My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place dan My Shop.
Aktiviti
My Komuniti, My Soal, My Health, My Skool, My Place, My Shop dan Klik Dengan Bijak (KDB).
Tarikh : 09 March 2018 Masa : 10.00 Pagi - 4.00 Petang Lokasi : Dewan Serbaguna Kg Meritam Peserta : Orang Awam |
Tujuan
Booth ini dibuka bertujuan untuk mempergiatkan promosi Pi1M dan meningkatkan keahlian PI Kg Meritam. Pengunjung yang datang dari pelbagai kampung ke booth akan lebih mengenali PI Kg Meritam melalui perkhidmatan yang disediakan.
Aktiviti
Pendaftaran keahlian baru, Dashboard Komuniti Download & Login, Kuiz KDB, Word Search, Cross Word, dan My Health.
Tarikh : 14 Februari 2018 Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari Lokasi : Pusat Internet Kg. Meritam Peserta : 4 Orang |
Tujuan
Kelas latihan ini telah dihadiri oleh 4 orang pelajar sekolah rendah, darjah 6. Kelas ini bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran mencari maklumat di internet. Manfaat yang diperolehi daripada latihan ini sangat membantu pelajar menyiapkan kerja sekolah dengan maklumat yang mereka perolehi.
Aktiviti
Klik dengan Bijak, Pencarian maklumat di internet melalui google, dan menyiapkan kerja sekolah.