Tarikh : 06 April 2019 Masa : 9.00pagi - 10.00pagi Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
- Mendidik masyarakat agar menggunakan internet dengan cara yang selamat
- Menggalakkan masyarakat untuk berwaspada semasa berinteraksi di dalam talian (online).
- Memupuk penggunaan kandungan berangkai secara positif di dalam masyarakat.
AKTIVITI
- Peserta menonton tayangan video KDB & petugas akan memberikan soalan bagi menguji kefahaman peserta.
Tarikh : 30 March 2019 Masa : 9.30pagi - 4.00petang Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : Lepasan SPM/STPM |
Tujuan
Memberikan tunjuk ajar tentang format Resume yang betul & membantu peserta mengisi permohonan kerjaya di laman web SPA dengan bimbingan petugas.
Aktiviti
- Sebelum petugas memberikan penerangan, peserta diminta untuk menonton tayangan video Klik dengan Bijak & video info tentang resume.
- Selesai tayangan video, petugas memberikan penerangan tentang point-point yang wajib ada di dalam template 1muka surat resume.
- Peserta diberikan sample template resume & peserta belajar untuk mengisi maklumat mereka ke dalam template tersebut.
- 4 Design softcopy template resume, template cover letter, Panduan Edit resume & E-book skrip Temuduga juga turut diberikan percuma.
- Seterusnya, peserta membuat permohonan kerjaya di laman web SPA dengan bimbingan petugas.
Tarikh : 16 March 2019 Masa : 9.00pagi - 11.00pagi Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : Pelajar Sekolah Rendah |
Tujuan
Mencungkil bakat kanak-kanak dalam mendekorasi cupcake & mengisi masa lapang di hujung minggu & Tayangan video untuk pendedahan kepada kanak-kanak tentang Klik Dengan Bijak.
Aktiviti
- Penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM5 seorang.
- Sebelum bengkel dekorasi bermula, peserta akan ditayangkan dengan video Klik dengan Bijak & diberikan beberapa soalan.
- Petugas menjalankan demonstrasi membuat buttercream & cara mendekorasi cupcake dihadapan peserta.
- Peserta melakukan sendiri dekorasi atas bimbingan petugas.
Tarikh : 26 March 2019 Masa : 2.00 petang - 3.00 petang Lokasi : Pusat Internet Kg Meritam Peserta : 4 orang |
Tujuan
Mendedahkan kepada pelajar tentang pengenalan e-waste, bahaya e-waste kepada kesihatan, mengitar semula e-waste & manfaat kepada pengurusan e-waste.
Aktiviti
- Sebelum petugas memberikan penerangan, pelajar diminta untuk menonton tayangan video Klik dengan Bijak.
- Selesai tayangan video, pelajar diberikan penerangan tentang Mobile E-waste.
- Elemen-elemen yang terdapat dalam info penerangan:
- Pengenalan E-waste
- Bahaya E-waste kepada kesihatan
- Mengitar semula E-waste
- Manfaat kepada pengurusan E-waste
- Petugas menunjukkan kotak E-waste yang disediakan di Pusat Internet kepada pelajar
- Petugas bertanyakan beberapa soalan kepada pelajar untuk menguji kefahaman mereka tentang info yang telah diterangkan.
Tarikh: Setiap hari Ahad Masa: 2.00petang-4.00petang Lokasi: Pusat Internet Kg Meritam Peserta: Wanita |
Tujuan:
Kelas Asas Komputer Mingguan & Klik dengan Bijak Mingguan (Promosi & Kesedaran)
Aktiviti:
Setiap minggu sebelum kelas asas computer diadakan, pelajar akan didedahkan dengan video kesedaran & promosi klik dengan bijak.Setiap minggu, modul pembelajaran kelas asas computer adalah berbeza. Pelajar diajar merujuk kepada buku Intel Easy Steps & selain itu penggunaan alat bantu mengajar yang lain.
Aktiviti menggunakan permainan interaktif membantu pelajar lebih fokus dengan keberadaan huruf di keyboard & secara tidak langsung membantu pelajar untuk menaip dengan lebih cepat.