Bahagian Limbang terletak di timur laut negeri Sarawak bersempadan dengan negara Brunei di barat, Teluk Brunei di utara, Sabah di timur dan Daerah Baram (Bahagian Miri) di selatan, di tengah-tengahnya  Daerah Temburong (negara Brunei) yang membuatkan Bahagian Limbang  berada di tengah-tengah.  Limbang adalah bahagian yang ke -5 daripada 11 bahagian di negeri Sarawak.  Bahagian Limbang merangkumi dua buah daerah iaitu Daerah Limbang dan Daerah Lawas serta tiga buah daerah kecil iaitu Nanga Medamit, Sundar dan Trusan dengan keluasan kawasan seluas 7,790 km/segi. Bahagian Limbang  mempunyai penduduk berjumlah 81,300 orang  (mengikut Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia Tahun 2000 - Jabatan Perangkaan Malaysia) yang terdiri daripada etnik Melayu, Kedayan, Cina, Iban, Bisaya, Lun Bawang, dan beberapa etnik lain.  Pekerjaan utama penduduk, seperti bidang pertanian, penternakan,  perikanan dan perniagaan.