Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Malaysian Communications And Multimedia Commission (MCMC) telah mengadakan Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak bermula dari 01 September 2016 sehingga 30 November 2016. Matlamat program ini diadakan adalah untuk mewujudkan platform dakwah digital yang kreatif dan mampu viral supaya dapat menghebahkan mesej-mesej program KDB dengan lebih pantas dan meluas, meningkatkan kemahiran dan literasi penggunaan ICT serta memberi kesedaran dan pendedahan tentang etika, tanggungjawab dan penggunaan internet yang positif berlandaskan nilai-nilai Islam, memperkasa dan menggalakkan penglibatan komuniti untuk menggunakan teknologi dan internet sejajar dengan nilai-nilai Islam, seterusnya melahirkan komuniti yang mempunyai tahap literasi teknologi yang baik yang menyumbang secara positif serta aktif dalam persekitaran digital serta mempergiatkan pelaksanaan advokasi ICT yang memberi kesan jangka masa panjang dan berterusan menerusi platform digital MCMC dan JAKIM disamping mengaktifkan rangkaian media digital advokasi sebagai portal rujukan.
Selain itu peserta juga digalakkan/disaran untuk menghasilkan poster mengikut tema yang dicadangkan. Antara tema isu semasa yang diberikan ialah Sabar sebelum sebar (Perkongsian maklumat Palsu), Mana adab (Penggunaan berhemah), Syurga ekspress ? (Extremism), Permata hatiku (Perlindungan kanak-kanak di atas talian), Antara pahala dan dosa (Perkongsian Maklumat), dan Menjauhkan yang dekat (Ketagihan Internet). Maklumat lanjut serta terma dan syarat kelayakan bagi pertandingan boleh dimuat turun di pautan berikut Program Pertandingan Poster Kreatif Dakwah Digital Klik Dengan Bijak atau muat turun Terma & Syarat.