Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat (FSKTM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dengan kerjasama Kementerian Luar Bandar, Sarawak akan mengadakan Latihan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di Pusat Internet 1 Malaysia Kg Meritam, Limbang pada 07 hingga 10 November 2016 datang.

Objektif utama projek latihan ini adalah untuk memberi pendedahan dan kemahiran dalam ICT terutamanya kepada masyarakat luar bandar dan bagaimana kemahiran yang diperoleh nanti dapat dilaksanakan di dalam kehidupan untuk meningkatkan sosio-ekonomi dan mutu kehidupan penduduk setempat.

Secara umumnya, terdapat lima modul yang disediakan kepada kumpulan sasar. Walau bagaimanapun, modul yang akan disampaikan dan dikendalikan nanti adalah berdasarkan kepada keperluan dan kesesuaian para peserta latihan. Tempat hanya terhad untuk 25 orang peserta yang berumur 18 tahun ke atas sahaja. Memandangkan projek ini berbentuk khidmat masyarakat, peserta tidak akan dikenakan sebarang bayaran. Selain itu peserta juga akan diberikan sijil penyertaan yang akan dikeluarkan oleh pihak Universiti Malaysia Sarawak.

Penduduk setempat yang berminat untuk menjadi peserta boleh berhubung secara terus dengan petugas Pusat Internet Kg Meritam untuk proses pendaftaran penyertaan.

             

Suasana sewaktu Program ICT Unimas di Pi1M Nanga Medamit. 

                                   

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Para peserta membuat latihan yang diberi.