Pihak MCMC di bawah Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Kandungan (CDMD) sedang menganjurkan Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1Malaysia 2017. Pertandingan ini telah dibuka sejak 2 Ogos yang lalu dan ditutup pada 25 Ogos 2017.
Objektif pertandingan ini adalah untuk menghargai dan mengiktiraf pencapaian usahawan di kalangan komuniti sekitar Pi1M disamping menyuntik semangat mereka dalam mengejar kecemerlangan ke arah pembangunan ekonomi negara.
Usahawan yang layak dan berminat boleh menghantar penyertaan mereka dengan mengisi borang secara atas talian di pautan berikut usahawanpi1m2017 atau muat turun dan lengkapkan borang di bawah dan dihantar kepada emel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. .
Poster Pertandingan Usahawan Terbaik Pusat Internet 1 Malaysia 2017